Friday 31 October 2008

SOLIDARITI UNTUK MASYARAKAT KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH (KBPT)


23 tahun sudah masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah hidup tanpa kepastian yang jelas di tanah tumpah darah mereka. Janji demi janji yang di taburkan oleh sesetengah pihak,sampai kehari ini masih dalam sejuta tanda tanya buat mereka.

Kronologi peristiwa KBPT :

1985 :Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah Daerah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 :KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah Daerah menyatakan tanah tersebut dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 :Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 :Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 :Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM18,000.00 oleh ‘orang tengah’.

1991 :Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 :Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 :Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 :Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 :Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 :Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.

1994 :Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 :TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 :Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.

1997 :Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 :Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 :Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 :Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 :Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 :Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 :Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 :Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 :Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 :Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.

Cuba kita baca kembali kronologi yang tertulis di bahagian atas, dan itu jelas menunjukkan masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah terus mendapat penindasan secara berterusan oleh pihak pemaju dan itu di sahkan oleh kerajaan secara tersirat. Ironinya, HAK ASASI mereka telah di nafikan.

Tuntutan masyarakat untuk penempatan di tanah Bukit Dagang harus di tunaikan oleh pihak pemaju Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. Penempatan baru yang ditawarkan oleh pemaju adalah tidak rasional, kerana tiada kemudahan yang sewajarnya seperti air, elektrik, dan jalan. Masyarakat harus meneroka semula tanah Bukit Dagang, sepertimana mereka mula-mula meneroka tanah Kampung Baru Plentong Tengah pada ketika dahulu. Di satu sisi, pemaju telah menawarkan penempatan sementara: perumahan flat dikawasan sekitar daerah, Taman Desa Mutiara. Tetapi penempatan tersebut akan merubah taraf dan cara hidup masyarakat kepada lebih sukar, memandangkan kebanyakan mereka bergantung pada sumber bumi/laut untuk terus menjalani kehidupan. Usulnya, penempatan sementara tersebut sangat tidak wajar dan menambah beban buat mereka.

Pada 16 Oktober 2008, pemaju Bukit Lenang Development telah memutuskan untuk merobohkan rumah-rumah yang telah dikosongkan. Rayuan mahkamah telah menetapkan bahawa kes akan disebut pada 29 Oktober 2008, dan sebarang tindakan perobohan oleh pemaju hanya boleh dilaksanakan dengan perintah mahkamah; selepas tarikh perbicaraan tersebut. Tetapi pemaju telah bersekongkol dengan pihak polis seramai lebih kurang 500 orang termasuk pasukan F.R.U, Unit Pemusnah Bom, Unit Pengesan Anjing, Polis Marin, Polis Udara dan Unit Cawangan Khas telah melanggar rayuan mahkamah, sekaligus menghina mahkamah, dengan membenarkan perobohan berlaku pada 16 Oktober 2008. Seramai 28 orang yang terdiri dari penduduk kampung dan aktivis telah ditahan semasa berhimpun secara aman bersama-sama lebih kurang 300 orang penduduk kampung yang lain di hadapan laluan masuk utama ke KBPT, bagi mengelakkan perobohan secara paksa berlaku.

Pada 29 Oktober 2008, perbicaraan kes antara KBPT dan pemaju Bukit Lenang telah berlangsung: mahkamah telah memutuskan bahawa semua penduduk KBPT akan mengosongkan rumah mereka pada 31 Disember 2008 dan berpindah ke penempatan sementara di Taman Desa Mutiara, bagi memberi laluan untuk pemaju merobohkan dan sekaligus melenyapkan Kampung Baru Plentong Tengah dari senarai penempatan yang wujud di Johor Bahru selama ini. Di satu sudut, penduduk KBPT masih tidak pasti samada penempatan sementara di Taman Desa Mutiara itu siap sepenuhnya dan layak untuk diduduki sebelum tarikh pengusiran.

Disini kami ingin mengajak kamu semua ikut berpartisipasi bersama dalam memperjuangkan hak masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah yang telah dipermainkan berpuluh tahun lamanya. Kita harus terus beri sokongan kepada mereka sehingga tuntutan dan hak mereka di tunaikan oleh pihak pemaju, Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Hari ini ia terjadi buat masyarakat KBPT, dan pasti pencabulan hak tempat tinggal ini akan berlaku ke atas kampung-kampung yang lain di Johor Bahru, kerana perancangan kerajaan adalah untuk menggiatkan ‘pembangunan baru’ era neo-liberalisme ini berlaku!

Berikut adalah senarai kampung-kampung di Johor Bahru yang telah disusun atur akan menerima nasib yang sama seperti Kampung Baru Plentong Tengah, sehingga pada tahun 2010 atas alasan ‘pembangunan baru untuk negeri Johor’ :
Kampung Pandan, Pandan.
Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.
Kampung Pasir, Skudai Kiri.
Kampung Usaha Jaya, Skudai Kiri.
Kampung Skudai Kiri, Skudai Kiri.
Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.
Kampung Sungai Danga, Perling.
Felda Cahaya Baru, Masai.
Kempas kawasan Lurah, Denai, Sinaran dan Permatang.

(maklumat diterima dari beberapa sumber yang terlibat dalam perancangan bandar untuk pembangunan baru negeri Johor tahun 2010)

Tragedi yang menimpa ke atas masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah adalah babak permulaan untuk kekejaman dan pencabulan hak ke atas tempat tinggal manusia terus berlaku, hasil dari kebijakan pemerintah yang lebih mementingkan keuntungan, daripada nasib dan kebajikan rakyat. Perlukah kita semua berdiam diri dan membiarkan kegilaan ini berterusan oleh manusia yang sepatutnya melindungi rakyat, yang digelar sebagai ‘pemerintah’?

BANGKIT UNTUK MELAWAN ATAU TUNDUK DITINDAS!
PERTAHANKAN KAMPUNG KITA !

3 comments:

R.E zine said...

Salah satu agenda jahat dan terlaknat kerajaan BN dalam membolot segala harta dan tanah penduduk esspecially orang melayu di Johor Bharu.

Apakah atau inikah kerajaan yang kamu pilih wahai penduduk2 di Johor Bahru.Terang lagi bersuluh dan Kerajaan BN nih secara terang-terangan menghalau kamu semua demi kepentingan perut nasi diorang.Projek WILAYAH ISKANDAR sudah pun bermula...

Apa yang aku dapat tahu, penglibatan gengster melayu 'PEKIDA haram jadah' pun turut serta dalam proses pencerobohan Kg Plentong Tengah.Disusuli oleh FRU, Polis, SB, Ketua KG, Pak Menteri dan aku paling tak heran manakah perginya wakil2 Pakatan Rakyat dalam situasi camnih dan apa ntah lagi pak Sultan berjiwa rakyat.

Namun begitu, aku cukup kesian ngan penduduk kg nih, duit dah banyak keluar, rata2 pun penduduk kg nih orang UMNO, Pekida,(UMNO hatkor lak tuh-ed).Putih matalah melihat perlakuan kerajaan pilihan mereka sendiri yang menindas dan membunuh ruang2 bernafas untuk penduduk.Satu bentuk pengkianatan dilakukan oleh Ali Hasan dgn Khalid Nordin dalam kes Kg Plentong Tengah kali ini!

Lawan tetap Lawan!!!

Kredit salute to
Kawan-kawan di JB, Suaram, PRM, PSM, A//Liberty Collective, Food Not Bomb JB etc.

Note tambahan :
2 individu ni dan towkey2 kontraktor cina mesti kaya punyer la...Yang takkan kaya ialah aku dan penduduk2 Kg disitu...

yoks said...

aku mau sebarkan perkara ini.
walaupon da sbulan koorg post.

Anonymous said...

ape jd pade diorang skang..hope diorng keep fighting.kalau btl rata2 pnduduk situ UMNO n Pekida, nampknya skang mata n hati dorang dah dibrus2 bg nampak terang2 "golongan" yg dorang agung2kn tu macamna sbnrnya.
-media adalah kotak racun yg brisi racun kuat-