Tuesday 26 January 2010

gathering collective se-malaya 13 - 14 febuary 2010

hello everybody!
come and join this great event!





klick untuk membesarkan flayers

Tuesday 19 January 2010

KOLEKTIF MASSA PEMIMPI

'Pesawat wujud dari mimpi,dan begitu juga perubahan lahir dari mimpi'. Kolektif Massa Pemimpi ( KOMASEPI) adalah perubahan nama dari ANARCHIST LIBERTY COLLECTIVE ( A//LC ) yang diasaskan secara kolektif dan dibangun dengan rasa kebersamaan pada tahun 2008 lalu. Sehingga hari ini kami masih wujud dalam garis perlawanan dan perjuangan berskala kecil dan masih lagi memimpikan sesuatu yang besar dalam perubahan kelompok masyarakat. Kenapa A//LC bertukar nama? A//LC dan KOMASEPI adalah satu yang sama. Tiada perbezaan dari apa yang kita jalankan dan cuba wujudkan. Nama bertukar tapi apa yang terkandung dalamnya tetap sama.

Nama terkadang menjadi sebuah kontravesi? Anarkisme adalah satu pola idealogi yang terlalu berat untuk dipikul oleh individu didalam sebuah kolektif ini. Kita mengamibil inisiatif untuk mewujudkan satu komuniti masyarakat yang bebas dari gari sebuah idealogi untuk perubahan. Memang benar apa yang dilandasi dari indvidu didalam kolektif ini kebanyakan dari mereka berfahaman anarkis. Berfikiran dan berfahaman apa sahaja yang mana menurut kalian itu terbaik! Massa Pemimpi adalah sekelompok anak muda yang tidak cuba menawarkan apa-apa dari perubahan hidup ini. KOMASEPI hanya menawarkan mimpi-mimpi besar untuk mereka di sekeliling kami. Siapa saja boleh berfikir,bertindak dan mengubah. tiada siapa yang behak mengubah hidup seseorang.

Di Johor Bahru pengaruh 'teknokrasi' Universti Teknologi Malaysia ( UTM ) meracun kreativiti dan kebebasan pemikiran masyarakat. ke-tidak-ke-terbukaan masyarakat dalam aspirasi manusia yang lain menjadi masalaah yang patut dipertanyakan.Gerakan-gerakan perlawanan atau perubahan yang ada hanyalah milik mereka yang suka bermimpi. sepinya aktiviti dialog,workshop,atau screning misalnnya membuat manusia-manusia yang ada dalam tutorial Johor Bahru ini menjadi patung-patung yang sangat mudah di permainkan oleh kerajaan. Kami wujud bukan untuk menjadi patung yang mudah dibawa. Kami cuba wujudkan mimpi....

Hampir setahun lebih kami wujud dalam garis perlawanan di Johor Bahru ini. Kami melebarkan jaringan komunikasi kami sampai ke seberang malaya ini. Mungkin kolektif sebegini hanyalah menjadi bahan ketawa mereka yang lain? Ya...kami rasakan ini dari mereka sendiri yang berkata mereka pejuang. tapi kami tetap bermimpi dan cuba melakari mimpi-mimpi kami untuk menjadi kenyataan. untuk kalian yang masih mampu berdiri melawan hingga sekarang kami ucapkan jutaan tahniah buat kalian semua.

Mungkin hari ini kita bermimpi,dan besok kita sama-sama wujudkan. InsyaAllah penjelasan lebih panjang dan terperinci ,kenapa A//LC bertukar nama akan di usahakan di post diblog ini.

terima kasih buat sahabat-sahabat dan anonymous yang masih tegak berdiri melawan..salam energi!