Monday 8 December 2008

ANARCHY IN YUNANI

A protester throws a stone at policemen during riots in Athens December 7, 2008. Thousands of youths rampaged through Athens and the northern Greek city of Thessaloniki on Sunday, burning dozens of shops and vehicles in a second day of rioting after police shot dead a 15-year-old boy.

http://news.yahoo.com/nphotos/Police-shooting-sparks-riots-Greece/ss/events/wl/120708greeceriots

http://news.yahoo.com/nphotos/Police-shooting-sparks-riots-Greece/ss/events/wl/120708greeceriots#photoViewer=/081207/ids_photos_wl/r4043491502.jpg

Friday 28 November 2008

BUY NOTHING DAY , BATAM



BUY NOTHING DAY DAN FOOD NOT BOMB , BATAM

Thursday 27 November 2008

BUY NOTHING DAY 2008



APA ITU BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day adalah hari internasional yang disambut oleh aktivis-aktivis sosial seperti Anarkis dan Sosialis yang bertujuan memboikot pengeluaran wang terhadap pembelian produk dan menolak konsumerisme selama 24jam ia berlangsung.


APA ALASAN BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day mempraktik D.I.Y (Do It Yourself) secara terus, melalui penglibatan individual mahupun kolektivisme dengan menghasilkan pengeluaran sendiri untuk penggunaan harian/asas dengan tidak bergantung kepada produk yang harus dimiliki dengan wang.

Buy Nothing Day ertinya menafikan konsumerisme dan melawan kapitalisme!


BAGAIMANA UNTUK MERAIKAN BUY NOTHING DAY?
Pelbagai cara boleh dilakukan mengikut kreativiti tersendiri yang dilaksanakan secara individual ataupun perkongsian dengan rakan-rakan/ keluarga. Ia meliputi keperluan asas mahupun kegunaan harian, daripada makanan kepada pakaian, samada dilakukan dirumah, atau mengambil partisipasi didalam perarakan jalanan. Terus, apa sahaja yang dilakukan pada hari tersebut menafikan pengeluaran terhadap wang secara relevan dan rasional.


BUY NOTHING DAY 2008.
Pada tahun ini di Johor Bahru, Buy Nothing Day meraikan golongan gelandangan (homeless) dengan pemberian makanan dan pakaian secara percuma: satu penentangan dan aksi langsung terhadap keistimewaan keatas keperluan asas manusia kerana ia bukanlah komoditi yang harus dijadikan dominasi oleh para perusaha kapitalis. Kerana makanan dan pakaian adalah hak untuk setiap manusia! Sertai kami untuk MELAWAN PENINDASAN KAPITALISME DAN KONSUMERISME!

Wednesday 12 November 2008

WORKSHOP D.I.Y FOODS, FILM SCREENING & MARCHING PROTEST - 28 & 29 OKTOBER 2008












Pada 28 Oktober 2008, Thilaga & Nunu dari Food Not Bombs KL telah mengadakan sesi Workshop D.I.Y Foods dan Film Screening di rumah SUARAM, Johor Bahru. Sesi ini telah berlangsung pada sekitar jam 8.00pm dan dihadiri kira-kira 20orang termasuk aktivis kolektif, bebas dan juga anak-anak punk JB.

Sebelumnya, wakil FNBKL ini telah mengumpul sayur-sayuran percuma dari peniaga di Pasar Awam Larkin dan aktiviti pertama pada hari itu ialah penyediaan memasak untuk makanan percuma (free foods untuk workshop malam tersebut). Penyediaan makanan ini dilakukan di rumah Punxsa, dan dibantu oleh ramai individu.

Di sesi Workshop D.I.Y Foods & Film Screening, aktiviti-aktiviti tersebut telah dijalankan:
1. Pendidikan percuma tentang cara-cara membuat tempe.
2. Film Screening tentang pengusiran/ perobohan kampung:-
> Kampung Berembang, Selangor
> Kampung di luar Malaysia.
> Kampung Baru Plentong Tengah, JB
3. Open discussion tentang film-film yang ditayangkan serta, isu perjuangan Kampung Baru Plentong Tengah. Di sesi ini, kami telah mengadakan diskusi dan perancangan untuk membuat protes terbuka, semasa 'court trial Kampung Baru Plentong Tengah' pada 29 Oktober 2008 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

(Sesi di rumah SUARAM ini tamat sekitar jam 12am.)

Pada 29 Oktober 2008, jam 1.00am, aktiviti diteruskan dengan membuat banner-banner protes tentang isu perobohan Kampung Baru Plentong Tengah :
1. Tanah Kami Hak Kami
2. Bangkit Melawan Atau Tunduk Ditindas
Aktiviti ini tamat sekitar jam 4am dan kami merehatkan diri untuk persiapan 'MARCHING PROTEST' yang dijangka akan dijalankan pada jam 8am.

Diatas kelemahan kami sendiri, MARCHING PROTEST ini telah berlangsung pada sekitar jam 10am. Kami mula berarak dengan membawa kedua-dua banner dan diiringi dengan nyanyian perjuangan rakyat. Perarakan ini bermula dari parkir lot sebelah Penjara Ayer Molek, melalui Wisma Persekutuan, Kompleks Tabung Haji, Dewan Jubli Intan dan akhirnya berhenti di bangunan JOTIC (bersebelahan Mahkamah Tinggi JB). Kami berhimpun dan meneruskan nyanyian sambil merentangkan banner-banner tersebut dihadapan ramai individu profesional (yang rata-rata terdiri dari golongan peguam dan polis) yang sedang makan/minum di kafe bangunan JOTIC. Perhimpunan tersebut berlangsung kira-kira 15 minit dan ia disambut erat oleh ramai penduduk Kampung Baru Plentong Tengah yang berada disitu untuk mengikuti sesi 'court trial'.

Court Trial Session tamat kira-kira jam 3pm, dan kami bergerak ke Kampung Baru Plentong Tengah untuk diskusi lanjut. Keputusan mahkamah telah mengarahkan supaya penduduk mengosongkan rumah mereka pada 31 Disember 2008.

Hasil dari diskusi lanjut, anak-anak A//LC giat untuk terus mengikuti perkembangan terbaru nasib penduduk Kampung Baru Plentong Tengah. Dari informasi terbaru, pemaju Bukit Lenang Development akan datang untuk merobohkan sebahagian rumah di kampung tersebut pada 20 November 2008. Dan, rumah transit (penempatan sementara di Bukit Mutiara) yang dijanjikan oleh pemerintah-kerajaan akan siap seawal-awalnya pada bulan Febuari 2009. Persoalannya, dimanakah penduduk Kampung Baru Plentong Tengah akan menetap selepas 31 Disember 2008?

Monday 3 November 2008

anti neoliberalisme

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket



aksi black block penolakan FTZ ( free trade zone) perdagangan bebas dan Anti Neoliberalisme di Batam Indonesia

Friday 31 October 2008

SOLIDARITI UNTUK MASYARAKAT KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH (KBPT)


23 tahun sudah masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah hidup tanpa kepastian yang jelas di tanah tumpah darah mereka. Janji demi janji yang di taburkan oleh sesetengah pihak,sampai kehari ini masih dalam sejuta tanda tanya buat mereka.

Kronologi peristiwa KBPT :

1985 :Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah Daerah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 :KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah Daerah menyatakan tanah tersebut dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 :Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 :Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 :Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM18,000.00 oleh ‘orang tengah’.

1991 :Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 :Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 :Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 :Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 :Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 :Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.

1994 :Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 :TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 :Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.

1997 :Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 :Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 :Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 :Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 :Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 :Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 :Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 :Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 :Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 :Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.

Cuba kita baca kembali kronologi yang tertulis di bahagian atas, dan itu jelas menunjukkan masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah terus mendapat penindasan secara berterusan oleh pihak pemaju dan itu di sahkan oleh kerajaan secara tersirat. Ironinya, HAK ASASI mereka telah di nafikan.

Tuntutan masyarakat untuk penempatan di tanah Bukit Dagang harus di tunaikan oleh pihak pemaju Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. Penempatan baru yang ditawarkan oleh pemaju adalah tidak rasional, kerana tiada kemudahan yang sewajarnya seperti air, elektrik, dan jalan. Masyarakat harus meneroka semula tanah Bukit Dagang, sepertimana mereka mula-mula meneroka tanah Kampung Baru Plentong Tengah pada ketika dahulu. Di satu sisi, pemaju telah menawarkan penempatan sementara: perumahan flat dikawasan sekitar daerah, Taman Desa Mutiara. Tetapi penempatan tersebut akan merubah taraf dan cara hidup masyarakat kepada lebih sukar, memandangkan kebanyakan mereka bergantung pada sumber bumi/laut untuk terus menjalani kehidupan. Usulnya, penempatan sementara tersebut sangat tidak wajar dan menambah beban buat mereka.

Pada 16 Oktober 2008, pemaju Bukit Lenang Development telah memutuskan untuk merobohkan rumah-rumah yang telah dikosongkan. Rayuan mahkamah telah menetapkan bahawa kes akan disebut pada 29 Oktober 2008, dan sebarang tindakan perobohan oleh pemaju hanya boleh dilaksanakan dengan perintah mahkamah; selepas tarikh perbicaraan tersebut. Tetapi pemaju telah bersekongkol dengan pihak polis seramai lebih kurang 500 orang termasuk pasukan F.R.U, Unit Pemusnah Bom, Unit Pengesan Anjing, Polis Marin, Polis Udara dan Unit Cawangan Khas telah melanggar rayuan mahkamah, sekaligus menghina mahkamah, dengan membenarkan perobohan berlaku pada 16 Oktober 2008. Seramai 28 orang yang terdiri dari penduduk kampung dan aktivis telah ditahan semasa berhimpun secara aman bersama-sama lebih kurang 300 orang penduduk kampung yang lain di hadapan laluan masuk utama ke KBPT, bagi mengelakkan perobohan secara paksa berlaku.

Pada 29 Oktober 2008, perbicaraan kes antara KBPT dan pemaju Bukit Lenang telah berlangsung: mahkamah telah memutuskan bahawa semua penduduk KBPT akan mengosongkan rumah mereka pada 31 Disember 2008 dan berpindah ke penempatan sementara di Taman Desa Mutiara, bagi memberi laluan untuk pemaju merobohkan dan sekaligus melenyapkan Kampung Baru Plentong Tengah dari senarai penempatan yang wujud di Johor Bahru selama ini. Di satu sudut, penduduk KBPT masih tidak pasti samada penempatan sementara di Taman Desa Mutiara itu siap sepenuhnya dan layak untuk diduduki sebelum tarikh pengusiran.

Disini kami ingin mengajak kamu semua ikut berpartisipasi bersama dalam memperjuangkan hak masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah yang telah dipermainkan berpuluh tahun lamanya. Kita harus terus beri sokongan kepada mereka sehingga tuntutan dan hak mereka di tunaikan oleh pihak pemaju, Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Hari ini ia terjadi buat masyarakat KBPT, dan pasti pencabulan hak tempat tinggal ini akan berlaku ke atas kampung-kampung yang lain di Johor Bahru, kerana perancangan kerajaan adalah untuk menggiatkan ‘pembangunan baru’ era neo-liberalisme ini berlaku!

Berikut adalah senarai kampung-kampung di Johor Bahru yang telah disusun atur akan menerima nasib yang sama seperti Kampung Baru Plentong Tengah, sehingga pada tahun 2010 atas alasan ‘pembangunan baru untuk negeri Johor’ :
Kampung Pandan, Pandan.
Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.
Kampung Pasir, Skudai Kiri.
Kampung Usaha Jaya, Skudai Kiri.
Kampung Skudai Kiri, Skudai Kiri.
Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.
Kampung Sungai Danga, Perling.
Felda Cahaya Baru, Masai.
Kempas kawasan Lurah, Denai, Sinaran dan Permatang.

(maklumat diterima dari beberapa sumber yang terlibat dalam perancangan bandar untuk pembangunan baru negeri Johor tahun 2010)

Tragedi yang menimpa ke atas masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah adalah babak permulaan untuk kekejaman dan pencabulan hak ke atas tempat tinggal manusia terus berlaku, hasil dari kebijakan pemerintah yang lebih mementingkan keuntungan, daripada nasib dan kebajikan rakyat. Perlukah kita semua berdiam diri dan membiarkan kegilaan ini berterusan oleh manusia yang sepatutnya melindungi rakyat, yang digelar sebagai ‘pemerintah’?

BANGKIT UNTUK MELAWAN ATAU TUNDUK DITINDAS!
PERTAHANKAN KAMPUNG KITA !

HAPUSKAN I.S.A

I.S.A atau Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri) merupakan salah satu dari undang-undang utama di Malaysia yang membenarkan pemerintah menahan sesiapa sahaja tanpa perlu di dakwa dan di bicarakan di mahkamah.

I.S.A termaktub kepada peraturan 17 yang terkandung dalam undang-undang Darurat 1948 – 1960. Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960, 24 jam selepas tamatnya darurat pada 30 Julai 1960.
Seseorang yang didapati mengancam keamanan Negara ataupun menggugat sistem politik dan sosial kerajaan, berkemungkinan besar ditahan dibawah akta ini. Mereka akan diberi tekanan secara manipulasi psikologi melalui seksaan mental dan fizikal serta layanan yang tidak berperikemanusiaan semasa disoal siasat 60 hari selepas ditahan. Tahanan akan diberi perintah 'DITAHAN’ selama 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting. Perintah itu ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan boleh diperbaharui selama 2 tahun lagi berkali-kali tanpa ada batasan.

Pada saat ini masih terdapat lebih kurang 100 orang yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Sebahagian besar mereka terdiri daripada golongan radikalis/ ekstrimis serta aktivis-aktivis sosial dan politik Negara. Sehingga hari ini mereka tidak pernah dihadapkan ke mahkamah untuk sebarang perbicaraan berhubung dengan kesalahan yang dinyatakan. Ini telah menunjukkan bahawa pemerintah kerajaan telah mencabul HAK ASASI MANUSIA dengan memenjarakan sesiapa sahaja TANPA BICARA. Undang-undang yang mencabul hak asasi manusia adalah sangat jelas merupakan undang-undang yang salah!

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International dan Human Rights Watch telah mendesak kerajaan Malaysi(al) supaya memansuhkan I.S.A, dan kempen permansuhan ini telah dilaksanakan melalui gerakan-gerakan dari SUARAM, GMI, JIM, kolektif-kolektif bebas radikalis-kiri dan persatuan-persatuan mahasiswa di Negara ini.

Atas nama kemanusiaan, sila sebarkan pamplet ini kepada rakan-rakan dan famili bagi menyebarluas maklumat ini dan menyokong kempen untuk menghapuskan kezaliman I.S.A.

BANGKIT DARI TERUS DITINDAS
BEBASKAN TAHANAN I.S.A
TUTUP KEM TAHANAN KAMUNTING
HAPUSKAN KEZALIMAN I.S.A!

AKSI PENOLAKAN FTZ ( FREE TRADE ZONE) DAN ANTI NEOLIBERALISME. BATAM INDONESIA

Aksi ini akan berlangsung di Pulau Batam Indonesia pada hari sabtu, 1/11/2008 bertujuan dengan penolakan imprealis perdagangan bebas yang akan di tanda tangani oleh pemerintahan kota Batam yang telah disetujui oleh pemerintah pusat Indonesia di Jakarta.

Batam adalah salah satu pulau yang strategis dalam industri investasi jangka panjang serta hasil bumi yang berlimpah luah seperti bauksit,pasir dan granit ( batu alam). Dengan di sahkan FTZ masuk ke batam, akan menjadi ancaman besar bagi masyarakat dikota Batam khasnya yang mendapat impak paling buruk. 2 Subsidi sosial seperti Pendidikan, dan Kesehatan akan dipotong dan telah juga keluar undang-undang tentang komersialis pendidikan ( pendidikan adalah bisnes).

FTZ adalah salah satu dari program WTO dalam penjajahan investasi industri, yang mana ongkos biaya seperti tanah, biaya produksi, serta gaji buruh yang murah. dan jelas jika FTZ di rilis di batam serta 3 daerah di province kepulau riau adalah keuntungan besar buat Singapura yang menjadi pusat kapitalis di asia tenggara. Singapura telah banyak menghancurkan ekosistem alam di Indonesia. Disini pemerintah Singapura telah banyak merugikan rakyat Indonesia dalam berbagai aspek sosial dan ekonomi. Perjanjian DCA ( Defend Contract Aggrement ) yang mana pemerintahan Singapura mengajukan kontrak latihan militer di Pulau Natuna selama 25 tahun. Dalam setahun mereka akan menjalankan latihan selama 6 bulan dikala laut dalam keaadaan tenang. Di satu sisi Singapura jelas sangat tidak menghargai kepentingan dan keselamatan masyarakat kampung, yang mana pada musim air tenang nelayan mulai melaut. faktor keselamatan pula jelas mengakibatkan impak buruk seperti peluru salah arah ketika mereka melaksanakan latihan. Tapi masyarakat tetap menolak perjanjian itu. pasir bauksit, granit, timah, dan banyak lagi hasil bumi di bumi Indonesia yang telah di jarah oleh singapura.

Kami dari AHIMSA COLLECTIVE Batam mengajak teman-teman semua dalam bergerak melawan neolibralisme dan melawan imprealis kapitalis Singapura yang telah banyak menghancurkan alam serta kehidupan di Bumi Indonesia. Aksi penolakan besar-besaran Menolak Neolibralisme dan FTZ akan dilangsungkan pada awal bulan Desember tahun ini. disini juga kita berharap adanya satu komunikasi luas dengan teman-teman di dalam negeri maupun diluar negeri melakukan protes anti neolibralisme dihari dan waktu yang sama di seluruh Asia atau seluruh dunia misalnya.

Terima kasih atas segala dukungan dan ideanya....

salam
Gaf Energi
( Ahimsa Collective, Batam Indonesia )

Wednesday 29 October 2008

untuk mu wanita!

-Penulisan ini ku tujukan khas buat 4 bintang sinarku nina,fad,lara,dea dan untuk semua para wanita-

W.O.M.Y.N is human
kalau tak thu pape,,,baik senyap!!
im sick!
hello
hiu

aku cuba berbica dengan hati ku kandang kemelut emosi!

aku cuba berbisik dengan jiwaku yang terpenjara!
aku cuba beradaptasi dengan akalku yang menghela berhenti!
aku cuba meyakinkan nadiku jangan berhenti!
ada sesuatu dibalik siapa diri ini, dan dibalik diri ini ada sesuatu yang bukan diri ini.

hitam bukan ancaman, tapi kebalikan campuran dari segala warna yang menghias
dan menciptakan cinta. cinta untuk menutup ruangan kebencian dan arogan kebinatangan yang menyelimuti setiap wujud berakal yang ada di permukaan planet kepunyaan "TUAN TUHAN".

botol berisi api bukan lah pembunuhan atau kekerasan, tapi cuba meyakinkan bahwa cinta akan menjadi ancaman ketika para penjahat mulai merosak ruang keharmonisan dalam tubuh cinta.

sang pemimpi itu kita! berikan senyuman, gerakkan kesadaran, muntahkan realita, hancurkan mimpi itu! itu cukup! tampar dan sadarkan mimpi......lalu ia akan sadar dan mulai melihat planet ini tidak seimbang ketika ada mahkluk berakal...kita dan mereka adalah penghancur!!kita manusia!manusia perusak......bunuh!

kita ingin terus ada rasa ini! rasa cinta.

cinta pemersatu aku kau dia dan semua untuk mengimbangi kesetaraan.
"Tolong tuan, ada yang lebih penting dari ledakan amunisi senjata mu".
tembok kekerasan itu adalah ancaman.ah....mereka hanya boneka!

aku cuba sadarkan mimpi..
ternyata mimpi lebih indah dari realita kehidupan sadar...
ternyata hawa ada dalam sebuah perubahan

Friday 17 October 2008

FORCE EVICTION KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH




















INTRODUKSI AWAL ACARA

14 Oktober 2008: Pada awalnya, anak-anak kolektif A//LC telah bertemu dan mengadakan diskusi bersama Jawatan Kuasa Bertindak KBPT untuk sesi pemahaman situasi, kondisi dan kronologi KBPT terhadap penindasan yang terus menerus berlaku dari developer yang silih berganti sehingga lah yang terkini, Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Ide-ide dan pertukaran pendapat tentang strategi pada hari force eviction (16 Oktober 2008) telah dibentang oleh JKB KBPT, Pemuda KBPT dan anak-anak A//LC.

15 Oktober 2008: A//LC telah mengadakan sesi pemutaran filem-filem berteraskan 'Hak Asasi', yang diambil dari peristiwa perobohan Kg Berembang dan Mari Beraktivism. Dalam masa yang sama, pembikinan banner 'TANAH KAMI HAK KAMI' dibuat dan langsung ditandatangan oleh seluruh penduduk KBPT. Malam itu diteruskan dengan 'printing baju percuma' dengan design-design yang telah dibawa seperti 'Defend Human Rights', 'Lawan' dan 'Demokrasial Mati'.


BERITA PENGUSIRAN DAN PEROBOHAN RUMAH OLEH DEVELOPER BUKIT LENANG SDN.BHD DAN TINDAKAN REPRESIF SERTA PENANGKAPAN OLEH POLIS TERHADAP PENDUDUK DI KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH , JOHOR BAHRU.

15 Oktober 2008: Masyarakat di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor, Malaysia mengadakan malam pertemuan bersama penduduk kampung dan sebahagian partisan dari luar serta NGO dan Kolektif yang ada di Malaysia. Musyawarah ini dilaksanakan dalam rangka perlawanan terhadap Developer Bukit Lenang yang akan menggusur kampung mereka pada besok harinya tanggal 16 Oktober 2008. Beberapa Ahli pengurus Kampung memberi arahan serta semangat kepada setiap penduduk agar terus bertahan serta melawan penggusuran secara paksa oleh pihak developer, walaupun pengesahan dari Mahkamah Malaysia belum menandatangi kesefahaman kepemilikan tanah kampung itu sebenar.

Pada sebelah malam hari juga di adakan pemutaran filem dokumentari tentang pengusiran oleh pihak berkuasa daerah disalah satu kampung yang terletak di selangor ,Malaysia serta pemutaran tentang ” Mari Beraktivisme” yang mengisahkan tentang sebuah kolektif di kuala lumpur mengisi agenda kolektif dengan berbagai aktifitas seperti Food Not Bomb, serta kesenian.Pemutaran film berakhir pada jam 00.30 dan dilanjutkan dengan Solat Hajat dan doa bersama oleh masyarakat kampung.

Sehingga jam 4 pagi masyarakat kampung terus berjaga-jaga agar kampung mereka dalam keaadaan selamat. Seperti yang dikatakan oleh Pak Taslim,”kami akan terus bertahan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap”. Masyarakat kampung sehingga ke hari ini masih dalam status tidak jelas yang mana pertikaian tanah telah berlangsung selama hampir 23 tahun. “sekiranya mereka masih juga melakukan perobohan,mereka telah menghina mahkamah dan saya siap melakukan apa saja jika itu akan tetap tejadi” kata pak kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan Kampung Baru Plentong Tengah.

16 oktober 2008: Jam 7.30 pagi Masyarakat kampung mulai berangsur-angsur mendatangi tempat aksi berlangsung. Diperkirakan seribu orang masyarakat kampung akan turun untuk aksi pagi ini untuk melakukan aksi menolak penggusuran yang akan di lakukan oleh pihak Deveploper. Disamping itu kekuatan pihak polis yang berseragam diperkirakan seramai 200 orang , SB ( special Branch ) seramai 100 orang,dan FRU seramai lebih 100 orang dan sebuah helikopter yang mengintai dari udara. Terlihat juga ada puluhan masyarakat kampung yang masih berkumpul di masjid. Pada mesyuarah tetutup semalam, masyarakat kampung juga berantisipasi jika adanya provokator yang akan menimbulkan kericuhan pada aksi protes di jalankan.dalam pembicaraan itu juga antisipasi terhadap pihak polis yang berpakaian preman juga di waspadakan, sekiranya mereka akan menyelit masuk kedalam kumpulan masyarakat.

Jam 8.49 pagi: AJK memberi himbauan kepada masyarakat kampung yang masih belum turun kejalan untuk bersama turun untuk menyambut tetamu istimewa (Developer Bukit Lenang Sdn Bhd). Terdengar bacaan ayat suci Al Quran dari Masjid yang mengiringi perjuangan masyarakat kampong untuk tetap bertahan dan menuntut hak mereka sampai itu semua tertunaikan oleh pihak deveploper.

Jam 9.15 pagi: Perhimpunan penolakan telah berkumpul semua di pintu masuk utama ke kampung . Pihak polis mengarahkan pasukan FRU untuk berada kelompok masyarakat dalm tujuan mengawal agar tidak terjadinya kericuhan dalam aksi. Pihak Polis cuba menangkap Encik Kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan, atas sebab di anggap sebagai provokator. Aksi berjalan dengan damai pada awalnya,dan masyarakat juga telah di himbau agar tidak melakukan tindakkan agressif.

Jam 9.30 pagi: Negosiasi antara peguam dan pemaju sedang berjalan.

Jam 10.25 pagi: Pemaju mendapat perintah tanpa notis bertulis dari mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah kosong. Terlihat juga beberapa jentera berat untuk perobohan.

Jam 10.30 pagi: Peguam memberitahu penduduk kampung bahwa hasil perundingan dengan pihak pemaju gagal, dan pihak berkuasa memberi arahan perhimpunan bersurai dalam masa 10 menit.

Jam 10.32 pagi: Belum sempat 10 menit waktu yang di beri, FRU terus melakukan kekerasan terhadap pendemo yang sedang melakukan aksi duduk dengan menolak dan memukul para pendemo. AJK Keselamatan, Encik Kasim di tangkap secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan. Disamping itu juga beberapa orang penduduk, Encik Meon dan Encik Hassan di pukul oleh FRU hingga pingsan dan di bawa lari ke Hospital. Terlihat juga seorang wanita Tionghoa berusia 60tahun di pukul hingga tersungkur ke tanah. Anak-anak juga turut mendapat kekerasan yang tak sepatutnya.Pihak polis juga menangkap siapa sahaja yang berada di dalam perhimpunan itu. Turut di tangkap 3 orang aktivis dari SUARAM, dan 3 orang aktivis dari kolektif A//LC. Menurut informasi yang di dapat sekitar 45 orang lelaki dan wanita telah di tangkap oleh pihak polis.

Jam 10.44 pagi: Jentera berat di iringi pihak polis memasuki kawasan kampung dan merobohkan rumah penduduk. Masyarakat tidak dapat berbuat banyak kerana tertekan oleh penjagaan yang diiringi oleh tindakan represif.

Jam 11.00 pagi: Masyarakat kembali memenuhi halaman masjid, dan terlihat kesedihan atas kegagalan mereka untuk mempertahankan kampung.

Jam 11.20 pagi: Peguam lansung menuju ke Balai Polis Johor Jaya dengan tujuan menjamin mereka yang tertangkap. Tapi peguam tidak di benarkan masuk oleh pihak polis atas sebab akan mengganggu jalannya siasatan.

Jam 2.42 petang: Mereka yang di tangkap masih lagi di soal siasat oleh Pihak Polis, dan mendapat informasi, 4 orang peguam yang telah dihantar ke balai polis masih lagi tidak dapat berjumpa dengan tahanan.
Sekian saja informasi yang dapat kami sampaikan, dan kami akan menyampaikan informasi lebih lanjut.

Diisi oleh : Abdul Gapur ( Ahimsa Independence Media, Batam Indonesia yang saat ini berada di tempat kejadian).

SAMBUNGAN DARI INFORMASI DEMONSTRASIDI KP. BARU PLENTONG TENGAH JOHOR [ INFORMASI DARI PARA PENDEMO YANG DI TANGKAP.]

10.30 pagi: Para pendemo di tangkap atas sebab di tuduh membuat kekecohan pada aksi dilangsungkan. Mengikut dari pengelihatan di tempat, pihak FRU melakukan tindak kekerasan dahulu. Sedangkan waktu yang di beri untuk bersurai adalah 10 menit. Belum sampai waktu yang di tetapkan, pihak FRU langsung menggunakan kekerasan dengan memukul pendemo menggunakan rotan. Seorang peguam yakni Hasan Karim yang berunding damai dengan pihak polis juga mendapat tindakan represif dari pihak FRU .Dan tidak sedikit dari pendemo yang di pukul dan di sebat menggunakkan rotan. Aktivis-aktivis dari SUARAM dan kolektif A//LC juga mendapat tindakan keras sehingga leher dan kaki serta tangan mereka terdapat luka -luka.

10.50 pagi : Menurut informasi dari Balai Polis Johor Jaya, jumlah pendemo yang di tangkap pada waktu itu sekitar 28 orang. Menurut informasi dari orang kampong ada sekitar 45 orang yang di tangkap, dan mereka di bahagi kepada 2 Balai Polis. Dari 28 orang yang di tangkap di Balai Polis Johor Jaya, ada 2 orang wanita dan salah satu dari wanita itadalah Aktivis dari Suaram.

11.00 pagi : Para pendemo yang di tangkap tiba dibalai polis. Waktu di turun kan dari truck di balai polis berkenaan, para pendemo di gari merka secara ramai2 dan di layan seperti binatang., Para pendemo di himpun di khemah bagian parking kereta di balai polis tersebut. Salah seorang dari pendemo wanita yang di tangkap langsung memaki Polis sebagai penjahat, pembunuh bangsa ,penipu dsb. Pakaian–pakaian pendemo koyak rabak atas tindakkan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU.
11.30 pagi : Para pendemo yang di tangkap dibawa langsung ke pejabat CID. “kami di bawa ke atas oleh dua orang anggota polis yang tidak berunifom mengherdik rakan See Siew Min, yaitu salah seorang dari aktivis SUARAM , yang bertanya tentang kesalahan apa kami di tangkap” kata Bigso salah seorang aktivis dari A//LC . Siew Siew Min juga meminta nama dan no kad kuasa polis berkenaan agar tidak akan terjadi pencabulan hak serta kekerasan nantinya. Secara tetiba Polis tersebut berlembut kerana takut akan ancaman dari Aktivis tersebut.

12.20 pagi: Para pendemo di introgasi secara terpisah eorang demi seorang. Polis meminta mereka menyebut nama dan menyerahkan kad pengenalan para pendemo. Polis juga turut memaki hamun para pendemo yang di minta keterangannya dan polis juga mengeluarkan perkataan yang mengatakan “ korang semua bodoh sebab ikut perhimpunan haram”.

3.10 petang: Mereka di soal siasat atas sebab apa kenapa berada di tempat kejadian.Salah satu polis menyoal pendemo seaakan memaksa pedemo bersalah dan menybababkan kekecohan terjadi. Padahal polis dan FRU yang melakukan kekerasan dahulu.

4.20 petang: Peguam Hasan Karim datang dan memberi jaminan bahwa para pendemo tidak akan di penjara. Terlihat juga berbagai parti politik dan Ngo yang datang dan memberi sokongan kepada 28 orang para pendemo yang di tangkap.

6.30 petang: Para para pendemo di minta ambil gambar dan nomor siri tahanan dan cap jari seperti layak nya seorang penjenayah .Para pendemo harus menungu giliran untuk di ambil gambar dan cap jari.Peguam india , yang namanya tidak disebut datang member sokongan dan jaminan apa yang di perjuangkan akan Berjaya sahut peguam.sebab mereka janji akan tolong masyarakat kampong baru Plentong Tengah untuk memenangkan kes di Mahkamah pada 29 October nanti.

7.10 petang: Polis meminta jaminan orang kampung untuk pembebasan bersyarat para pendemo yang di tangkap. Penduduk kampung yang sudah berada di balai polis memberi jamnan kepada para pendemo yang di tangkap. Dalam masa yang sama polis menawarkan surat medical check up dari balai bahwa luka yang pada tahanan terjadi ketika demontrsi adalah luka yang bukan disebabkan oleh pihak polis dan FRU, tapi mereka menyatakan itu adalah luka yang di sengajakan oleh para tahanan.

7.40 malam: Semua Para pendemo yang di tangkap di bebaskan dengan keadaan pakaian yang koyak rabak, dan dalam masa yang sama para pendemo yang di tangakap harus kembali ke balai polis pada 30 Oktober untuk menyatakan mereka bebas sepenuhnya. Bagi mereka yang tidak hard pada 30 Oktober nanti, mereka akan dikenakan denda sebesar RM 1000. Kesemua tahanan ini akan di awasi waktu demosntrasi selanjutnya pada 29 hb ini.

Diisi oleh: Abdul Gapur (Ahimsa Independence Media Batam Indonesia yang saat ini berada di tempat kejadian ).

p/s : Semua informasi waktu dibalai polis adalah dari mereka yang di tangkap pada hari itu. Foto-foto pada waktu kejadian boleh dilihat di www.wassup-rockers.blogspot.com