Sunday 10 May 2009

Bukit Dagang selepas 6 bulan

2 Mei lalu anak-anak ALC sempat melawat ke Kampung Bukit Dagang yang membuatkan kami terpegun dengan semulajadi alam dan betapa kuatnya usaha orang kampung dalam memperbaharui hidup dengan inisiatif untuk meneruskan hidup didalam serba kekurangan.Tanpa bekalan air dan elektrik untuk bersenang lenang.Kawasan paya yang diteroka memberi seribu khazanah alam yang terkadang tidak mampu difikirkan oleh sesetangah orang-orang kebanyakan.Kami mendekati rumah milik keluarga Pak Taslim yang sudah begitu muafakat dengan Anak-anak ALC.Waktu itu kegelapan menjadikan kami begitu jelas melihat samar-samar lampu dari enjin lori yang menjadi penerang dimalam hari untuk keluarga itu.Bauan dari ikan baker sudah terhidu sejurus kami keluar dari kenderaan kami.Kadatangan kami disambut muafakat oleh Pak Taslim dan keluarga,serta sanak saudara yang turut melawat setiap minggu untuk merasai keindahan damai di situ.Siapapun takkan melepaskan peluang,masakan mahu terlepas dari ketengan dan damainya berada disitu.

Kami bertanyakan tentang kemudahan biasa yang terbekal untuk masyarakat bumi seperti kita-kita.Katanya,matair keluar dengan kebesaran Tuhan selepas dia mengali bibir sungai berdekatan rumah.Kawasan yang subur membuatkan tanaman sayurannya tumbuh menjadi.Ikan haruan dan seribu macam sepsis ternakan seperti lintah senang didapati dan ianya berbaloi untuk menambah pendapatan.Perjalanan lebih kurang 4 kilometer dengan keadaan jalan yang parah menjadi laluan mereka keluar masuk dan anak-anak ke sekolah.Hampir 1 jam lebih dari Bukit Tiram perjalanannya sudah pasti membuatkan anak-anak itu kelelahan.Walau tidak dirunggut oleh mereka.Kata Pak Taslim, “ kalau sudah makan dirumah,sampai disekolah mereka merasa lapar kembali”.Pengakuan itu kami dapat rasai walau tanpa rungutan peribadi.Kami terfikir bagaiman kalau keluarga disitu butuh bantuan perubatan segera dengan jarak mereka yang begitu dalam?.Pasti mereka sudah sedia maklum dan bersedia apapun yang terkudratkan.Benar-benar menjatuhkan perasaan kami.

Melihat riak wajah anak-anak disini,seakan sudah biasa dengan lintah dan bermain di tali air dengan kebiasaan mereka sebelum ini bermain di bahu jalan berbasikal dengan teman-teman lain.Disitu kuantiti biasa mungkin sudah berkurang kerana mereka terpisah jauh dari sebuah rumah dengan rumah yang lain.Membina rumah di atas pokok inisiatif mereka yang kami kira cukup kreatif dilingkungan usia kanak-kanak di Sekolah Rendah,rasanya untuk 6 bulan pertama ini mereka sudah menjadi kanak-kanak generasi peneroka di kawasan itu.Usaha Pak Taslim pastinya akan membuahkan hasil kerana beliau sendiri sudah begitu mengagumkan kami.Terasa benar akan keperitan yang dilindung dengan kekuatan.Pasti keluarga lain disini pun begitu walau kami tidak sempat mendekati mereka.Diharap segalanya akan baik-baik sahaja,dengan kewujudan tanah baru yang suatu hari nanti akan bangun pesat lebih molek dari sekarang.Kami mendoakan kesejahteraan Kampung Bukit Dagang dari pencerobohan di masa depan.Kekalkan desa tradisi kami,bukan menghancurkan bumi sendiri dengan infrastruktur pembangunan yang hanya menganiaya penduduk.Berharap...

Seperti cenkerikpun mahu merakamkan rasa dari segala rasa…..

A//Liberty Collective

Bukit Dagang

2 Mei 2009