Thursday, 27 November 2008

BUY NOTHING DAY 2008



APA ITU BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day adalah hari internasional yang disambut oleh aktivis-aktivis sosial seperti Anarkis dan Sosialis yang bertujuan memboikot pengeluaran wang terhadap pembelian produk dan menolak konsumerisme selama 24jam ia berlangsung.


APA ALASAN BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day mempraktik D.I.Y (Do It Yourself) secara terus, melalui penglibatan individual mahupun kolektivisme dengan menghasilkan pengeluaran sendiri untuk penggunaan harian/asas dengan tidak bergantung kepada produk yang harus dimiliki dengan wang.

Buy Nothing Day ertinya menafikan konsumerisme dan melawan kapitalisme!


BAGAIMANA UNTUK MERAIKAN BUY NOTHING DAY?
Pelbagai cara boleh dilakukan mengikut kreativiti tersendiri yang dilaksanakan secara individual ataupun perkongsian dengan rakan-rakan/ keluarga. Ia meliputi keperluan asas mahupun kegunaan harian, daripada makanan kepada pakaian, samada dilakukan dirumah, atau mengambil partisipasi didalam perarakan jalanan. Terus, apa sahaja yang dilakukan pada hari tersebut menafikan pengeluaran terhadap wang secara relevan dan rasional.


BUY NOTHING DAY 2008.
Pada tahun ini di Johor Bahru, Buy Nothing Day meraikan golongan gelandangan (homeless) dengan pemberian makanan dan pakaian secara percuma: satu penentangan dan aksi langsung terhadap keistimewaan keatas keperluan asas manusia kerana ia bukanlah komoditi yang harus dijadikan dominasi oleh para perusaha kapitalis. Kerana makanan dan pakaian adalah hak untuk setiap manusia! Sertai kami untuk MELAWAN PENINDASAN KAPITALISME DAN KONSUMERISME!

1 comment:

Anonymous said...

good luck comrades!