Monday, 28 March 2011

Politik secara kekeluargaan





Si kecil bernama Johny bertanya pada ayahnya , “Apakah itu politik?” Ayahnya menjawab , “Begini, biar ayah terangkan dengan cara yang mudah. Oleh kerana pendapatan keluarga ini datangnya daripada ayah, maka andaikan yang ayah ini adalah kapitalis , ibu kamu yang menguruskan wang keluarga itu kita panggil dia Kerajaan . Kami di sini adalah untuk menjaga keperluan kamu , maka ibaratkan yang kamu itu rakyat . Pengasuh itu pula kita gelarkan golongan pekerja . Dan adik kecil kamu itu pula adalah masa depan . Sekarang pergi kamu fikirkan kaitan antara mereka semua.”

Dan Johny pun pergi ke bilik tidur dan memikirkan tentang apa yang di katakan oleh ayahnya. Lewat tengah malam , dia mendengar adiknya menangis dan masuk ke biliknya dengan lampin yang sarat cairan. Johny pergi ke kamar tidur orang tuanya tapi ibunya sedang tidur . Dia tak mahu mengejutkan ibunya itu lalu dia ke kamar pengasuh akan tetapi pintunya berkunci. Di intipnya melalui lubang kunci terlihat ayahnya sedang cuba memperkosa si pengasuhnya. Johny pun jadi berputus asa dan kembali ke kamar tidurnya.

Keesokan paginya Johny berkata kepada ayahnya. “Ayah , rasanya saya dah faham apa itu politik.”

“Bagus anakku, cuba beritahu ayah dengan cara kamu sendiri bagaimanakah gambaran politik”

Johny pun menjawab begini:

“Bila Kapitalis memperkosa golongan pekerja , Kerajaan cuma tidur , Rakyat tak dihiraukan dan masa depan penuh dengan taik.”

No comments: