Monday, 12 January 2009

Anti-War Demo & Candle Light Vigil In JB (10th January 2009)

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

for more images, visit: http://s400.photobucket.com/albums/pp82/minaharker80/Antiwar2009/

Laporan berikutan Mobilisasi Protest Anti War

Petang itu keadaan lalu lintas lengang. Kami memulakan aksi langsung di Pejabat Pos Besar,Johor Bahru dengan beberapa orang sukarelawan yang sudah bersedia awal.Anak-anak A//LC dan wakil NGO lain sama sama memberi sedikit taklimat dan akhirnya lebih kurang jam 5.00 petang aksi dimulai dari Bangunan Perbankan Islam menuju ke Plaza Seni melalui Jalan Dobhy dan Jalan Wong Ah Fok.Lebih dari sepuluh para mobilisasi dan Protest terusan dengan melaungkan kata-kata protes “SAVA PALESTINE” “HENTIKAN PERANG BEBASKAN PALESTINE” .Aksi berpusat di Plaza Seni,Banner dibentangkan selama 30 minit,para demonstran menyambung protes dan mengusung banner menaiki jejantas menuju ke seberang.Aksi spontanitas itu terjadi apabila para demonstran bertindak berani membentang banner dan melaungkan kata “BOIKOT MCD,SAVE PALESTINE” dan “BOIKOT STARBUCK,SAVE PALESTINE”. Walaunbagaimanapun tiada tindakan yang radikal terjadi.Bahkan marching protes berjalan lancar dan selamat ke garis penamat bila banner kembali di bentang di hadapan Plaza Seni.Lebih kurang jam 6.00 petang pengikut aksi berehat dan membuat banner dari cupboard menentang kezaliman Zionis. Selain orang ramai menurunkan tandatangan ke atas banner tanda sokongan.

Jam 7.30 malam : Candle Light Vigil oleh Suaram dimulai dengan ucapan wakil dari Suaram Mr Chu dan upacara bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.Sementara sukarelawan-sukarelawan dan orang ramai menghidupkan lilin harapan,tanda mengharapkan doa kita kita termakbur.

Diikiuti dengan bacaan Resolusi Tuntutan Bangkangan yang berlanjutan untuk 2 versi lagi,cina dan india…seterusnya sessi muzik akustik dari anak anak A//LC dan orang ramai dijemput menyanyikan lagu “ HEEL THE WORLD dari Micheal Jackson.Acara tamat disitu..dan bersurai..

Friday, 9 January 2009

MARCHING PROTEST ANTI WAR

APA DAN KENAPA?

Atas nama prihatin dan manusiawi, aksi langsung ini dilaksanakan untuk membangun kesedaran sosial sesama manusia tentang isu peperangan yang sedang berlaku diatas bumi khususnya di Palestin yang jelas merupakan satu konspirasi besar yang tercipta diantara Israel-Zionis dan US.

Kerana kuasa, ketua dan pemerintahan adalah satu kesilapan total yang diciptakan oleh manusia tamak, yang akhirnya melahirkan peperangan sebagai satu solusi biadap untuk menindas manusia lain, dengan melakukan siri-siri penjajahan tidak berperi dan pencabulan hak untuk setiap manusia hidup dengan aman diatas bumi yang dikongsi bersama.

Kerana berdiam diri tidak dapat memberikan sebarang perubahan dan harapan buat mangsa-mangsa peperangan yang kejam ini. Biarpun usaha ini nampak kecil tapi ia sudah cukup memadai buat kita sebagai manusia-manusia biasa yang tidak berkuasa tetapi mempunyai kesedaran dan impian untuk berkongsi keamanan sejagat.

Aksi langsung ini dilihat sebagai satu metod rakyat yang bersifat demokratik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati secara terangan/ tanda protes terhadap peperangan dan kekejaman yang telah berlaku. Demonstrasi jalanan sebegini dilakukan terus oleh kebanyakan negara-negara demokrasi dan Malaysia(l) merupakan salah satu diantaranya. Perkara ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara dan sama seperti didalam Article 20, United Nations Universal Declaration of on Human Rights 1948: Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.


FAKTA.

Peperangan lebih banyak membunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak daripada tentera.

Israel-Zionis adalah mesin perang yang dikerah oleh kuasa besar US untuk membuat kehancuran diatas bumi Palestin.
Setiap keuntungan dari produk syarikat multinasional US akan disalurkan kepada militari di Israel untuk tujuan peperangan ini.

PBB hanyalah sebuah Pertubuhan Boneka Bodoh yang diwujudkan oleh US bagi mengaburi manusia atas nama 'Keamanan Dunia'.

US adalah kuasa besar yang mengawal ekonomi dan politik dunia secara tersurat dan banyak peperangan yang berlaku selepas era 'Perang Dunia 2' didalangi oleh kerajaan US secara tersirat.

Kerana kuasa adalah punca kehancuran manusia itu sendiri. Selagi kuasa itu wujud, penindasan tidak akan pernah terhapus.


SERTAI KAMI!

Kami adalah sekumpulan manusia yang ingin membina sokongan solidariti bagi melawan penindasan yang telah dilakukan oleh konspirator Israel-Zionis dan US diatas bumi Palestin. Kami adalah pecinta keamanan yang menentang keras mana-mana peperangan yang berlaku diatas dunia yang seharusnya merdeka ini. Sertai kami atas nama kemanusiaan dengan:

Menyebarluas pamplet ini kepada famili, rakan-rakan dan jiran sekitar.

Boikot/ minima pengeluaran wang terhadap produk-produk multinasional US.

Bepartisipasi bersama kami dijalanan sekarang!


DATE : 10 JAN 2009
VENUE : PEJABAT POS BESAR, JB to PLAZA SENI, JB.
TIME : 4PM ONWARDS

Tuesday, 6 January 2009

LANJUTAN DEMO BANTAHAN KBPT 18 DISEMBER 2008 TUNTUTAN PAMPASAN DAN JANJI PEMAJU KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH

18 Disember 2008 : Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah sekali lagi melaksanakan Demo Bantahan bagi mempersoalkan janji pihak Pemaju dan mendapatkan pembelaan secara adil.Pada pagi yang damai itu,penduduk kampung dari jam 10 pagi sudah mula memenuhi perkarangan Surau,di sisi jalan utama Kampung dan di gerai gerai di deretan jalan.Menyaksikan satu satu pembajak masuk ke kawasan kampung untuk merobohkan rumah rumah yang sudah sedia runtuh.Pihak pemaju,Bukit Lenang Development Sdn Bhd diiringi Polis Diraja Malaysia dan Unit Cawangan Khas.

Penduduk Kampung walaubagaimanapun tidak menjalankan protes yang begitu radikal,turut bersama sama memberi sokong keras adalah aktivis aktivis bebas sekitar Johor Bahru,dan Persatuan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah yang sengaja ditubuhkan sebagai landasan untuk penduduk kampung terus bersatu.

9.35 pagi : Penduduk kampung sudah mula memenuhi kawasan perhimpunan,kaum bapa dan kaum ibu bersama anak anak juga pemuda pemudi kampung juga turut tidak melepas peluang.Salah seorang AJK Persatuan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah memulakan perhimpunan kecilan dengan penduduk kampung memberi sedikit taklimat dan mukadimah acara nanti.Sudah terlihat juga Kenderaan Polis Diraja Malaysia meninjau kawasan kampung berkali-kali,juga terdapat Pondok Polis Bergerak di pintu masuk ke Kampung Baru Plentong Tengah dan diiringi Unit Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

10.15 pagi : Kenderaan bajak JCB mula masuk satu satu,dan pihak pemaju Bukit Lenang Development sudah muncul dengan wakilnya menyaksikan perobohan rumah rumah kosong runtuh yang sudah sedia ada.Lebih kurang seratus lebih buah rumah kosong yang bakal dirobohkan pada hari itu.Seorang penduduk yang melihat sendiri rumahnya dirobohkan sempat meluahkan keperitan dan beban yang ditanggung sudah begitu menyesakkan dengan sewa rumah baru dan bayaran lori pindah.Tambahan pula mereka sudah berusia dan tenaga sudah tidak terdaya.Dengan situasi anak anak yang jauh dan tidak dapat membantu dalam pemindahan barang,kepiluan sudah jelas.Kesengsaraan sudah nyata,yang hanya diharapkan sedikit rasa kemanusiaan oleh pihak bertanggunjawab.
Sepanjang pagi itu,kerja kerja perobohan disaksikan oleh penduduk kampung dengan tenang.Tiada protes yang radikal berlaku.Segalanya tenang dan berjalan dengan damai.Kedatangan oleh Suhakam amat dinanti.Pada waktu ini juga kaum kaum ibu menyiapkan tempat perhimpunan dan sedikit makanan dan minumam buat jamuan.

1.56 petang : Penduduk berkumpul dipersekitaran Surau menanti pihak Suhakam tiba.Turut kelihatan wakil warta,media juga Kolektif bebas dalam mendapatkan cerita sahih dan ketepatan kes berikutan hak Kampung Baru Plentong Tengah.

2.01 petang : Akhirnya pihak Suhakam sampai dianggotai oleh Dato’ Sivamaniam dengan beberapa pengiring di sambut hormat oleh Tuan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah juga penduduk kampung. Acara dimulai dengan ucapan Pengerusi dengan cerita ringkas dari kronologi peristiwa yang menimpa Kampung Baru Plentong Tengah.

IMBASAN :

Lebih 22 tahun kewujudan Kampung Baru Plentong Tengah yang mula diteroka pada tahun 1985,sejak dari tahun itu pengusiran sudah mula berlaku berkali kali iaitu pada tahun 1989,1990,1991,1993 dan sehingga ke tahun 2008 ini sekali lagi ianya berlaku.Jadinya kesengsaraan penduduk tak pernah usai sepanjanng 20 tahun berlalu.Penduduk Kampung akur dengan pengusiran ini sekiranya Pihak Pemaju mengotakan janji mereka,tetapi berat untuk diterima dengan sihat kerana sehingga ke hari ini,tiada sebarang petanda yang janji mereka telah dikota.Kawasan penempatan mereka yang dijanjikan belum selamat untuk diduduki,tiada kemudahan asas seperti air dan elektrik.Dapat dilihat jelas disini yang mana penindasan terhadap penduduk kampung berlaku terus menerus,segala kata kata yang pihak pemaju muntahkan hanyalah sebagai kata penyedap hati.Tiada cagaran,tiada kemanusian dalam kes ini.Dan penduduk kampung mula bersatu menuntut hak mereka kini.

Wakil SUHAKAM : Dato’ Sivamaniam berkata,sebagai satu badan bukan NGO yang dilantik oleh Parlimen bagi menbantu rakyat dalam mempertahankan hak Asasi seperti Tanah,Tempat Tinggal dan Kemiskinan telah menyiasat kes melanda Kampung Baru Plentong tengah mengesahkan telah berlaku pencabulan serta pelanggaran hak berikutan memorandum yang telah dihantar.Beliau juga berkata akan cuba membuat rundingan bersama Kerajaan Negeri dengan sokongan AJK Persatuan Kebajikan KBPT serta penduduk kampung menyelesaikan isu tanah dan hak pembelaan lain seperti pampasan dan bantuan seperti yang telah dihembarkan pihak pemaju.

Beliau juga sempat memberi akal pandangan sekiranya tanah serta rumah alternatif dapat disediakan lengkap dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik dan jalanraya,penduduk kampung pasti sanggup pindah.Asalkan dengan sikap kemanusiaan pihak Pemaju.Beliau berkata lagi,masalah pelanggaran serta penindasan hak seperti ini biasa berlaku dimana mana,dan ini bukanlah kes pertama yang beliau dengar.Dengan memberi harapan kepada penduduk kampung,beliau akan berusaha untuk berunding terus dengan pemimpin bagi mempertahankan Kampung Baru Plentong Tengah terus ada didalam PETA Johor dan mempersoalkan balik penanguhan pengusiran kepada tarikh dan masa yang lebih relevan memandangkan pada saat ini,penggal persekolahan akan mula dan juga keadaan cuaca yang kurang menentu.
Dengan terkumpulnya fakta sepanjang kes Pencerobohan ,Pengusiran dan Perobohan ini berlaku amatlah diharapkan agar nasib orang kampung terbela!!

Tuan Pengerusi menghebohkan lagi ketidakbertanggungjawabnya pihak pemimpin yang tidak turun melihat keadaan yang menimpa penduduk kampung,tapi mengambil jalan mudah menghantar wakil.Ini amat dikesali dan sangat membuatkan penduduk berasa mereka diabaikan sebulat bulatnya.Mengambil keterangan Tuan Syed Othman Syed Abdullah iaitu wakil dari Parti PAS,Isu rumah sudah selesai harapnya,Cuma bermohon sedikit kemanusian dan berharap kezaliman ini dapat diakhiri.Masalah Bukit Dagang amat membebankan penduduk apabila harus diteroka dari mula.Dan amatlah mustahil bagi orang-orang yang sudah bertahun tahun hidup dizaman ini ingin masuk ke hutan dan meneroka.

Wakil AJK Persatuan Kebajikan KBPT juga turut memberi ucapan dan rayuan bagi penanguhan pengusiran dapat dibuat sehingga Penempatan Semula Bukit Dagang siap,kerana memandangkan kepayahan sesetangah penduduk yang berpendapatan rendah dan kaum ibu tunggal.Kemusykilan juga turut tercetus kerana masih belum ada rancangan induk ke atas tanah Kampung Baru Plentong Tengah dalam waktu terdekat ini,kenapa harus mereka diusir dengan tergesa-gesa?? Kenapa rumah mereka mesti dirobohkan secepat ini ??? sebelum tiba 31 Dis??? Mana janji janji Pemaju?? KAMI TUNTUT HAK KAMI!!! KAMPUNG BARU PLENTONG

TENGAH TERUS BERSATU!!
RUMAH ADALAH HAK !!
BANGKIT!! BANGKIT!! BANGKIT LAWAN!!!

Keperitan dan beban Penduduk kampung yang terpaksa ditanggung :

  • Bilangan anak yang ramai,keadaan kesihatan suami/isteri yang kurang stabil.
  • Tidak diberi tanah di Bukit Dagang
  • Terpaksa membayar lori JKR dari RM400- 600 sedangkan Pemaju hanya memberi peruntukkan RM 100 sahaja.
  • Terpaksa mencari dan meneroka tapak sendiri dari mula.
  • Kewangan dalam menyediakan wang sewa rumah baru dan bayaran lori pindah barang.
  • Ada yang masih belum jelas status milik rumah di Bukit Dagang dan terpaksa memikul beban mencari rumah sendiri,dalam waktu terdekat dengan anak anak yang akan masuk sekolah.
INFO : Dari kes tuntutan ini,berlaku satu kemusykilan yang digembar gemburkan oleh Encik Taslim yang mana Surat rayuan untuk menangguhkan tarikh pengosongan rumah telahpun dihantar terus ke PM dan telah dibalas kepada MB disusulan ke Ketua Cawagan.Walaupun begitu setelah dirujuk kembali,tiada kata putus atau kata sepakat yang telah dibuat.Sah dan nyata penduduk kampung telah ditipu tepat tepat!!

Thursday, 1 January 2009

TAHUN BARU PENJAJAHAN BARU

Photobucket
BERSAMA TERTINDAS DENGAN PENJAJAHAN GLOBAL!!TUNDUK BERDIAM????BANGKIT DAN LAWAN KAWAN!!!