Friday, 28 November 2008
Thursday, 27 November 2008
BUY NOTHING DAY 2008
APA ITU BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day adalah hari internasional yang disambut oleh aktivis-aktivis sosial seperti Anarkis dan Sosialis yang bertujuan memboikot pengeluaran wang terhadap pembelian produk dan menolak konsumerisme selama 24jam ia berlangsung.APA ALASAN BUY NOTHING DAY?
Buy Nothing Day mempraktik D.I.Y (Do It Yourself) secara terus, melalui penglibatan individual mahupun kolektivisme dengan menghasilkan pengeluaran sendiri untuk penggunaan harian/asas dengan tidak bergantung kepada produk yang harus dimiliki dengan wang.Buy Nothing Day ertinya menafikan konsumerisme dan melawan kapitalisme!
BAGAIMANA UNTUK MERAIKAN BUY NOTHING DAY?
Pelbagai cara boleh dilakukan mengikut kreativiti tersendiri yang dilaksanakan secara individual ataupun perkongsian dengan rakan-rakan/ keluarga. Ia meliputi keperluan asas mahupun kegunaan harian, daripada makanan kepada pakaian, samada dilakukan dirumah, atau mengambil partisipasi didalam perarakan jalanan. Terus, apa sahaja yang dilakukan pada hari tersebut menafikan pengeluaran terhadap wang secara relevan dan rasional.BUY NOTHING DAY 2008.
Pada tahun ini di Johor Bahru, Buy Nothing Day meraikan golongan gelandangan (homeless) dengan pemberian makanan dan pakaian secara percuma: satu penentangan dan aksi langsung terhadap keistimewaan keatas keperluan asas manusia kerana ia bukanlah komoditi yang harus dijadikan dominasi oleh para perusaha kapitalis. Kerana makanan dan pakaian adalah hak untuk setiap manusia! Sertai kami untuk MELAWAN PENINDASAN KAPITALISME DAN KONSUMERISME!Wednesday, 12 November 2008
WORKSHOP D.I.Y FOODS, FILM SCREENING & MARCHING PROTEST - 28 & 29 OKTOBER 2008
Pada 28 Oktober 2008, Thilaga & Nunu dari Food Not Bombs KL telah mengadakan sesi Workshop D.I.Y Foods dan Film Screening di rumah SUARAM, Johor Bahru. Sesi ini telah berlangsung pada sekitar jam 8.00pm dan dihadiri kira-kira 20orang termasuk aktivis kolektif, bebas dan juga anak-anak punk JB.
Sebelumnya, wakil FNBKL ini telah mengumpul sayur-sayuran percuma dari peniaga di Pasar Awam Larkin dan aktiviti pertama pada hari itu ialah penyediaan memasak untuk makanan percuma (free foods untuk workshop malam tersebut). Penyediaan makanan ini dilakukan di rumah Punxsa, dan dibantu oleh ramai individu.
Di sesi Workshop D.I.Y Foods & Film Screening, aktiviti-aktiviti tersebut telah dijalankan:
1. Pendidikan percuma tentang cara-cara membuat tempe.
2. Film Screening tentang pengusiran/ perobohan kampung:-
> Kampung Berembang, Selangor
> Kampung di luar Malaysia.
> Kampung Baru Plentong Tengah, JB
3. Open discussion tentang film-film yang ditayangkan serta, isu perjuangan Kampung Baru Plentong Tengah. Di sesi ini, kami telah mengadakan diskusi dan perancangan untuk membuat protes terbuka, semasa 'court trial Kampung Baru Plentong Tengah' pada 29 Oktober 2008 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
(Sesi di rumah SUARAM ini tamat sekitar jam 12am.)
Pada 29 Oktober 2008, jam 1.00am, aktiviti diteruskan dengan membuat banner-banner protes tentang isu perobohan Kampung Baru Plentong Tengah :
1. Tanah Kami Hak Kami
2. Bangkit Melawan Atau Tunduk Ditindas
Aktiviti ini tamat sekitar jam 4am dan kami merehatkan diri untuk persiapan 'MARCHING PROTEST' yang dijangka akan dijalankan pada jam 8am.
Diatas kelemahan kami sendiri, MARCHING PROTEST ini telah berlangsung pada sekitar jam 10am. Kami mula berarak dengan membawa kedua-dua banner dan diiringi dengan nyanyian perjuangan rakyat. Perarakan ini bermula dari parkir lot sebelah Penjara Ayer Molek, melalui Wisma Persekutuan, Kompleks Tabung Haji, Dewan Jubli Intan dan akhirnya berhenti di bangunan JOTIC (bersebelahan Mahkamah Tinggi JB). Kami berhimpun dan meneruskan nyanyian sambil merentangkan banner-banner tersebut dihadapan ramai individu profesional (yang rata-rata terdiri dari golongan peguam dan polis) yang sedang makan/minum di kafe bangunan JOTIC. Perhimpunan tersebut berlangsung kira-kira 15 minit dan ia disambut erat oleh ramai penduduk Kampung Baru Plentong Tengah yang berada disitu untuk mengikuti sesi 'court trial'.
Court Trial Session tamat kira-kira jam 3pm, dan kami bergerak ke Kampung Baru Plentong Tengah untuk diskusi lanjut. Keputusan mahkamah telah mengarahkan supaya penduduk mengosongkan rumah mereka pada 31 Disember 2008.
Hasil dari diskusi lanjut, anak-anak A//LC giat untuk terus mengikuti perkembangan terbaru nasib penduduk Kampung Baru Plentong Tengah. Dari informasi terbaru, pemaju Bukit Lenang Development akan datang untuk merobohkan sebahagian rumah di kampung tersebut pada 20 November 2008. Dan, rumah transit (penempatan sementara di Bukit Mutiara) yang dijanjikan oleh pemerintah-kerajaan akan siap seawal-awalnya pada bulan Febuari 2009. Persoalannya, dimanakah penduduk Kampung Baru Plentong Tengah akan menetap selepas 31 Disember 2008?
Monday, 3 November 2008
anti neoliberalisme
Subscribe to:
Posts (Atom)